Pemimpin dahulu punca masalah MAS, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menyalahkan pemimpin sebelum beliau atas pelbagai keputusan “dahsyat” (horrendous) yang menjejaskan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).

Dalam ucapannya di majlis sambutan Aidilfitri di Sepang hari ini perdana menteri memberitahu, MAS melalui banyak tempoh sukar sebelum ini.

“Saya boleh katakan, sejarah MAS penuh keputusan dahsyat pada masa lalu.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya tetapi ia adalah mimpi ngeri yang dilakukan ke atas MAS oleh salah satu pemimpin sebelum saya.

“Tetapi saya akan betulkan. Saya akan pastikan MAS pulih dan menjadi syarikat penerbangan terkemuka di dunia,” kata Najib disambut tepukan daripada ribuan penonton yang hadir pada majlis itu.

Walaupun perdana menteri tidak memetik sebarang nama dalam kenyataannya, adalah jelas beliau merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad – seorang pemimpin yang kini menjadi antara pengkritik paling tegar kerajaan.

(Visited 47 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com