DAP bohong isu kilang sawit, cuba kelirukan rakyat – @AyubbinRahmat

DAP bohong isu kilang sawit, cuba kelirukan rakyat

Lesen operasi sebuah kilang sawit di Segamat yang didakwa mengeluarkan bau busuk dan mengganggu kehidupan penduduk setempat telahpun digantung Jabatan Alam Sekitar Johor sehingga masalah tersebut diselesaikan.

Kilang sawit yang beroperasi di Jementah tersebut telah digantung operasinya bermula 15 Mei lalu dan masih belum diberikan lesen untuk kembali beroperasi sehingga hari ini.

“Permohonan pembaharuan lesen dan rayuan penggantungan lesen tidak dapat dipertimbangkan sehingga semua kerja-kerja penambahbaikan bagi sistem pengolahan effluen dibina dengan sempurna bagi mengawal pelepasan bau busuk ke persekitaran dengan keperluan mendapatkan semua kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang berkaitan,” Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Johor Datuk Ayub Rahmat berkata dalam satu kenyataan.

JAS Johor juga memantau kilang tersebut dan mendapati mereka tidak menjalankan sebarang operasi memproses buah sawit setelah lesen operasi digantung.

“Hanya kerja-kerja tindakan pembaikan bagi sistem pengolahan efluen sahaja yang dilakukan oleh pihak kilang,” katanya.

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan sikap pimpinan DAP yang cuba mengelirukan rakyat Johor terutamanya di Jementah, Segamat berkenaan isu permit operasi kilang tersebut.

“Kerajaan negeri mengambil serius tuduhan berbohong ini, dan berharap pihak premis bertanggungjawab terhadap kesan dan akibat operasi mereka yang menyebabkan ketidakselesaan penduduk setempat,” katanya.

Ayub berkata kilang tersebut telah mengemukakan beberapa pelan tindakan bagi mengawal dan menghapuskan bau busuk disebabkan kehadiran efluen sedia ada dalam kolam.

Ini termasuk beberapa pelan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang bagi menyelesaikan masalah pencemaran bau tersebut.

10 Jun lalu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dari DAP dan pimpinan Pakatan Harapan Segamat mengadakan protes di kilang tersebut.

(Visited 213 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.