Sokong jadi PM ‘jerat kedua’ Tun M buat Anwar – @AKaprawi

Sokong jadi PM ‘jerat kedua’ Tun M buat Anwar

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pembangkang dilihat sebagai helah licik pemimpin veteran tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata ini kerana Mahathir menyatakan bahawa Anwar hanya boleh menjawat jawatan tersebut setelah mendapat pengampunan diraja, dimana jawatan perdana menteri akan disandang terlebih dahulu disandang seorang pemimpin lain.

“Maka, seorang perdana menteri ‘interim’ diperlukan sementara menunggu permohonan pembangkang untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah perdana menteri ‘interim’ tersebut?

“Sekiranya Mukhriz (Mahathir) hendak dijadikan perdana menteri ‘interim’, maka jerat Tun Mahathir berjaya.

“Tidak mungkin apabila Mukhriz telah dijadikan perdana menteri, Tun M akan memberi laluan kepada individu lain, terutamanya musuh politik beliau selama 18 tahun, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri,” Ab Aziz berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Anwar akan terjerat buat kali kedua dengan “permainan Mahathir”.

Ab Aziz yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading merangkap Ahli Parlimen kawasan tersebut berkata tindakan Mahathir menyokong supaya Anwar menjadi perdana menteri dibuat bagi mendapatkan sokongan parti komponen Pakatan Harapan untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Beliau berkata Mahathir berbuat demikian susulan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) lebih 25 tahun dahulu, dalam era pemerintahannya.

“Tun M (Mahathir) sebenarnya semakin terdesak dengan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian forex berjumlah RM30 bilion oleh BNM semasa beliau menjadi perdana menteri sebagaimana dinyatakan dalam laporan (Pasukan) Petugas Khas (PPK),” tambah Timbalan Menteri Pengangkutan tersebut.

Beliau mengulas tentang laporan berita bahawa Mahathir kini menyokong Anwar menjadi perdana menteri, dimana Ab Aziz berkata ia menunjukkan “keperibadian beliau (Mahathir) yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi mencapai kepentingan peribadi beliau.”

Ab Aziz berkata Mahathir pada 1998 menyatakan Anwar tidak layak menjadi perdana menteri atas kesalahan salah laku moral, yang menyaksikan Anwar yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dilucutkan jawatan dari kabinet.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara sejak 2015 selepas disabit tuduhan meliwat bekas pembantunya.

(Visited 37 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66