Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali

DAP perlu menerima hakikat bahawa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September 2013 tidak sah, kata Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Malah, katanya, DAP juga perlu mencontohi Umno dengan mengadakan pemilihan semula seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Dia kena terima hakikat RoS kata buat pemilihan semula, dia kena buat pemilihan semula. Sama seperti Umno dulu.

“Kita (Umno) disuruh buat pemilihan semula kita buat,” kata Syed Ali ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Cheras 2017, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan arahan RoS sebagai mengarut.

ROS semalam menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semula kerana pemilihan pada 29 September 2013 tidak sah.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com