Dakwaan dana risikan RM7 juta: Syed Ali selar Sarawak Report

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini menyelar Sarawak Report kerana didakwanya seringkali membuat tohmahan.

Syed Ali berkata, Sarawak Report tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membuat dakwaan tanpa sebarang bukti.

Oleh itu, Syed Ali berkata Sarawak Report perlu tampil membuat laporan berhubung dakwaan tersebut.

Sarawak Report antara lain, mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada “Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP)” pada 8 April 2013, kira-kira sebulan sebelum PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013.

BSPP adalah agensi perisikan bersama Angkatan Tentera Malaysia. Ia melaporkan terus kepada penglima angkatan tentera.

“Kalau benda itu betul, pergilah lapor dan ambillah tindakan, masalahnya dia orang ini buat tohmahan tapi tak ada benda yang kukuh,” kata Syed Ali kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut.

“Sekiranya mereka ada bukti buatlah laporan dan ambil tindakan, kenapa pula setiap kali ada tohmahan dia terima itu, dia terima ini. Sama ada benda ini betul atau tidak, inilah yang menjadi tohmahan ataupun fitnah,” katanya.

(Visited 57 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66