Zahid yakin BN mampu tangkis cubaan pembangkang tawan Johor

Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan kepimpinan dan kemampuan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan pemimpin Umno negeri untuk menangkis cubaan pembangkang yang mahu menawan kubu kuat parti itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ahmad Zahid, yang juga naib presiden Umno, mendedahkan terdapat pergerakan drastik pihak pembangkang dalam menjalankan strategi mereka untuk menawan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tertentu dalam negeri itu.

“Saya amat yakin dengan kepimpinan Mohamed Khaled dan rakan-rakan di peringkat perhubungan negeri dan Barisan Nasional (BN) Johor.

“Walaupun kita lihat terdapat satu pergerakan drastik (oleh pembangkang) untuk memindahkan pengundi di tempat-tempat mereka yang mempunyai kemenangan tipis atau kekalahan yang tipis dan mereka memfokuskan kawasan Parlimen dan DUN tertentu.

“Namun, saya yakin hiduan dan bau terhadap pergerakan dibuat pembangkang akan ditangkis oleh kejituan kepimpinan (Datuk Seri) Mohamed Khaled dan rakan-rakan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat hari ini.

Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas timbalan presiden Umno, berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada beliau yakin Johor akan kekal menjadi kubu kuat BN.

Pada PRU13 lepas, BN Johor menang 21 kerusi Parlimen daripada 26 kerusi dan 38 kerusi DUN daripada 56 kerusi DUN.

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66