Dr M: Tiada monopoli, cuma tawar menawar

In this video

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan parti itu tidak menguasai Pakatan Harapan (HARAPAN), sebaliknya ia hanyalah keputusan ‘tawar menawar’.

Mahathir memberikan analogi itu apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa BERSATU memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN.

“Tak ada. Tiada monopoli. Kita bincanglah. Macam jual barang. Pertama kita minta harga tinggi, kemudian kamu beri dan putuskanlah,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai jawatan yang sedang diintai BERSATU, Mahathir bagaimanapun enggan mendedahkannya.

“Ini adalah perkara dalaman, kita akan bincang, kemudian kita akan buat keputusan,” katanya.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menafikan bahawa parti itu memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN dan menegaskan bahawa semua parti dalam gabungan itu mempunyai kedudukan yang sama.

“Seorang atau dua yang dinamakan itu tidak bermaksud monopoli, tidak ada satu pihak boleh memonopoli kerana kita mengamalkan dasar-dasar yang saksama, jadi tanggapan itu bagi saya tidak betullah,” kata Muhyiddin kepada wartawan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bulan lalu menolak kemungkinan pemimpin BERSATU akan mengisi jawatan pengerusi dan presiden HARAPAN, dengan menyatakan ia merupakan monopoli dalam gabungan itu.

Pakar strategi BERSATU Rais Hussin Mohamed Ariff kemudian menjelaskan bahawa parti itu hanya mencadangkan Mahathir sebagai pengerusi dan tidak ada elemen monopoli.

(Visited 65 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.