“Bukan saya, Najib yang U-Turn,” Tun M jawab Azalina

In this video

Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis serangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Aziz yang mendakwa beliau membuat pusingan-U apabila menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon perdana menteri.

Azalina dalam satu kenyataan mendakwa Mahathir lupa yang penyingkiran Anwar daripada pentadbiran kerajaan adalah ketika zaman pemerintahannya pada tahun 1998.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata bukan dirinya yang membuat pusingan-U tetapi beliau menunding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, dakwa Mahathir, pemerintahan Najib membawa Malaysia di kedudukan ke 10 negara dunia paling korup.

Jelasnya lagi, perkara tersebut dapat diatasi sekiranya Najib menyambung wawasannya di landasan yang betul, seperti mana pengganti sebelumnya.

“Bukan saya yang U-turn, Najib yang U-turn.

“Daripada parti yang baik yang boleh perintah negara dengan baik, jadi parti yang terkotor sekali dalam dunia.

“Antara 10 negara paling korup di dunia, itu yang U-turn. Kalau dia ikut perjalanan sama seperti mana pengganti saya sebelum ini, tidak ada U-turn, ia jalan lurus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada satu majlis hari ini.

(Visited 135 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.