Apa yang berlaku, biarkan berlalu – Tun M

In this video

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan media antarabangsa, The Guardian bahawa beliau menyesal kerana tidak memberi laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Kata bekas perdana menteri itu, ramai pihak yang memetik kenyataan itu yang disifatkannya tidak betul.

Jelasnya, jika perkara yang sudah berlalu masih dibincangkan sehingga kini maka ia akan menimbulkan lebih banyak masalah.

Sebaliknya, kata Mahathir, perkara yang lepas biarkan berlalu dan misi kini tertumpu kepada usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian selepas hadir di sebuah majlis hari ini.

(Visited 76 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com