Siasat dana risikan RM7j: Polis serah SPRM

In this video

Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan seorang pegawai kanan risikan negara menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak.

Kata Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis tidak akan menyiasat dakwaan berkenaan kerana ia boleh dilakukan hanya berdasarkan kepada

“Tidak. Apa juga siasatan yang kita buat – seperti yang saya cakapkan sebelum ini – adalah berlandaskan arahan kabinet yang juga berpandukan kepada laporan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara).

Ketua polis negara sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan polis akan menyiasat Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung dakwaan Sarawak Report yang mendakwa perdana menteri menyalurkan dana kepada “Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan” kira-kira sebulan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Portal itu mendakwa perdana menteri menyerahkan RM7 juta kepada seseorang bernama “Lt Jen Datuk Abdul Hadi Bin Haji Hussin” pada 8 April 2013.

Hishammuddin berkata pihaknya “tidak ada apa-apa untuk disembunyikan” dan kementerian terbabit “tidak pernah dipolitikkan”.

“Jadi, jika ada langkah diambil untuk siasatan, biarkan mana-mana agensi siasat.

“Biarkan siasatan (dijalankan) kerana kita bukan mahu memutar-belit dan membuat spekulasi, tetapi saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya semalam.

Menurut Khalid, soalan sama ada siasatan akan dibuat atau tidak, sepatutnya diajukan kepada SPRM.

“Oh… itu jangan tanya saya, tanya SPRM,” katanya.

Menurut beliau pemisahan itu perlu bagi mengelakkan berlaku kekeliruan.

“Itu saja mandat yang diberi, untuk kita (polis) laksanakan siasatan.

“Kalau tidak nanti, tidak ada sempadan, dan apabila tak ada sempadan, dia punya cerita pun tak berhenti-henti,” katanya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu Khalid hadir ke majlis menandatangani memorandum persefahaman antara UTM dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memfokuskan kerjasama pembangunan dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

BSPP adalah agensi perisikan bersama Angkatan Tentera Malaysia. Ia memberikan laporan terus kepada penglima angkatan tentera.

(Visited 84 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66