‘Saya bimbang mereka lari ke rantau ini’

In this video

Malaysia akan mempelajari mekanisme dan tindakan proaktif  bersesuai bagi menangani ancaman militan Daesh dengan beberapa negara Timur Tengah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perkongsian berkenaan bakal terlaksana menerusi lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain minggu depan, kerana negara-negara berkenaan lebih berpengalaman menangani Daesh seperti di Iraq dan Syria.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Mutiara Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) di Pangkalan Udara Subang semalam.

Selain itu, ditanya mengenai keselamatan di Sabah, khususnya selepas insiden serangan kumpulan militan di bandar Marawi, Mindanao, Filipina, Hishammuddin berkata kementerian telah meningkatkan tahap keselamatan dan menambahkan aset seperti pesawat pejuang di Pangkalan Udara Labuan serta mempunyai beberapa Pangkalan Hadapan di negeri itu.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66