PAS tawarkan ‘Dokumen Hijau’ untuk atasi isu rakyat

PAS tawarkan ‘Dokumen Hijau’ untuk atasi isu rakyat

PAS Johor bakal mengemukakan ‘Dokumen Hijau’, yang dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini, sebagai tawaran parti tersebut kepada rakyat dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dokumen tersebut mengandungi manifesto yang akan ditawarkan parti Islam tersebut, termasuk penyelesaian kepada beberapa isu, termasuklah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kos harga rumah yang tinggi di Johor.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Juwahir Amin, PAS akan mencadangkan GST digantikan dengan sistem percukaian Islam yang tidak akan menekan golongan miskin dalam masa tidak membebankan golongan berpendapatan tinggi. Manakala bagi isu perumahan pula, PAS melihat kearah memastikan situasi menang-menang bagi pihak pembeli dan pemaju.

“Kita ada konsep penyelesaian yang kita dapati dari kajian yang kita jalankan dan kita akan bentangkannya kepada masyarakat dan mengambil pandangan mereka juga kerana mungkin ada penambahbaikkan yang mereka dapat sumbangkan,” kata Juwahir.

Beliau menambah bahawa PAS tidak kisah sekiranya konsep penyelesaian yang akan ditawarkan mereka ini “dicuri” oleh parti-parti lain.

“Jika Pakatan Harapan mahu curi idea kami dan laksanakannya di negeri-negeri dibawah pemerintahan mereka pun tak apa selagi ia memberi manfaat kepada rakyat, Jika Umno mahu mengambil idea ini dan melaksanakannya dahulu juga tiada masalah.

“Namun jika tiada pihak yang mahu melaksanakannya, ia menjadi tanggungjawab kepada PAS untuk memastikan kami menang pilihan raya dan melaksanakan penyelesaian kepada isu-isu yang rakyat hadapi,”katanya lagi.

PAS kini hanya mempunyai hubungan politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) melalui kerjasama dalam Gagasan Sejahtera.

(Visited 57 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66