‘Memalukan, DOJ bertindak atas sumber tidak tepat’

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berpegang teguh pada kenyataannya sebelum ini bahawa saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mempunyai motif politik yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata dakwaan DOJ tidak ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahupun isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelasnya, pihak DOJ perlu merujuk kepada agensi penguatkuasa di Malaysia yang telahpun menjalankan siasatan serta membebaskan 1MDB daripada sebarang salah laku jenayah.

Katanya, DOJ perlu melakukan siasatan secara menyeluruh, bukannya menerima laporan daripada Sarawak Report.

Malah katanya, Presiden 1MDB, Arul Kanda tidak pernah dipanggil untuk memberi sebarang kenyataan walhal tuduhan tersebut menyatakan 1MDB menjadi mangsa dalam kes itu.

Menurutnya, saman sivil DOJ dilihat memalukan kerana DOJ bertindak melalui maklumat yang tidak tepat dan tidak sah.

Beliau menyeru rakyat Malaysia agar menolak campur tangan kuasa asing yang bertujuan mensabotaj kestabilan politik dan ekonomi negara.

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com