‘Jangan buat drama’

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata hanya mereka yang menginap di hotel bertaraf empat dan lima bintang sahaja dikenakan Cukai Pelancongan.

Jelas Nazri, walau apapun kadar harga yang dikenakan mengikut musim oleh pihak hotel berkenaan, kerajaan tetap mengutip cukai sebanyak RM20 sahaja.

“Kerajaan caj bukan ikut peratusan, cuma RM20. Dah fix. Kalau caj ikut peratusan, kemungkinan ada masalah.

“Hotel ada musim. Musim biasa pihak hotel caj RM600 satu malam. Musim puncak RM800 satu malam. Itu peratusan. Anda cajlah RM1,000 pun, kita caj cukai RM20 satu malam sahaja,” katanya dalam sidang media semalam.

Nazri berkata harga hotel bertaraf 5 bintang di dalam negara dilihat masih jauh rendah berbanding negara-negara lain.

“Di Malaysia, saya nak kata harga kompetitif, tidak tapi murah.

“Hotel Shangri-La bilik harga RM600 bersamaan 100 Euro, 5 bintang. Anda pergi ke Paris, harga 5 bintang dia 400 Euro.

“Kita 100 Euro 5 bintang. Anda fikir mereka datang sini dan komplen? Jangan buat drama pasal ini,” katanya.

Terdahulu, Nazri berkata rakyat Malaysia yang menginap di hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah tidak dikenakan Cukai Pelancongan yang akan dilaksanakan 1 Ogos ini.

Turut dikecualikan cukai berkenaan ialah pelancong asing yang sudah membuat tempahan penginapan dengan ejen pelancongan di negara ini untuk tempoh hingga 31 Mac 2018.

Nazri berkata kelonggaran untuk warga tempatan menunjukkan timbang rasa kerajaan terhadap golongan kurang mampu.

(Visited 117 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66