‘Sarawak Report buat cerita merepek, saya tak mahu layan’

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengutuk Sarawak Report ‘menggoreng’ cerita tertentu untuk mencetuskan keraguan orang ramai terhadap polis.

Kata ketua polis negara tuduhan terbaru portal berkenaan berniat jahat.

Ketika ditanya media sama ada wujud kesangsian jika seorang suspek utama kes rasuah sering menghubungi pegawai kanan polis, Khalid menjelaskan ia tidak semestinya begitu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Khalid mengulas dakwaan Sarawak Report bahawa seorang suspek utama dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), K Gopinathan, selalu berhubung dengan Ketua Pasukan Khas Antiperjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap Bukit Aman DCP Saiful Azly Kamaruddin.

Portal yang banyak membuat dakwaan dan pendedahan berkaitan kerajaan itu berkata Gopinathan menghubungi Saiful Azly 36 kali dalam tempoh dua bulan.

Khalid berkata beliau sendiri dihubungi ramai orang setiap hari dengan ucapan biasa seperti selamat pagi atau bertanya khabar.

Khalid juga berkata beliau sedia memberi kerjasama penuh jika SPRM mahu mengambil keterangan daripadanya.

Menurut Khalid, terserah kepada SPRM sama ada mahu menyiasatnya atau tidak.

Dalam Ops Gopi dijalankan SPRM baru-baru ini seramai12 orang suspek – kebanyakannya anggota polis – ditahan agensi antirasuah itu dalam sepanjang tempoh dua bulan.

Kata Sarawak Report Gopinathan memainkan peranan penting menguruskan perlindungan aktiviti perjudian dan pelacuran daripada tindakan polis di Melaka.

Khalid juga mengaku mengenali Gopinathan namun menegaskan lelaki terbabit mesti bertanggungjawab jika terbabit dalam sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.

(Visited 86 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66