Naik Taraf LTAS Siap Ogos – @DatukTee

Naik Taraf LTAS Siap Ogos

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) akan siap dinaik taraf bulan depan dengan kos hampir RM7 juta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong kerja menaik taraf lapangan terbang tersebut kini sudah hampir siap 80 peratus.

Kerja menaik taraf tersebut bermula Oktober lalu dengan memberikan tumpuan kepada aspek keselamatan, untuk memenuhi piawaian antarabangsa, yang mengkehendaki penumpang domestik dan antarabangsa diasingkan ketika proses pelepasan dan ketibaan.

Siew Kiong berkata tiada pengasingan berlaku sebelum ini bagi penumpang domestik dan antarabangsa berikutan jumlah penerbangan antarabangsa yang sedikit di lapangan terbang tersebut.

Namun, kerja menaik taraf ini dilakukan selari dengan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang tersebut, berikutan penambahan destinasi penerbangan.

“Kini LTAS menawarkan perkhidmatan ke 11 destinasi domestik dan lima antarabangsa dengan 610 kekerapan penerbangan setiap minggu.

“Berdasarkan statistik LTAS , jumlah pengguna juga mengalami peningkatan sebanyak 12.8 peratus daripada 2.58 juta orang pada 2015 kepada 2.83 juta pada tahun lalu.

“Rekod ini juga terus menunjukkan prestasi positif bagi tempoh enam bulan tahun ini apabila 1.54 juta pengguna dicatatkan berbanding 1.36 juta bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam satu sidang media di lapangan terbang tersebut hari ini.

Beliau kemudian meninjau perkembangan kerja menaik taraf LTAS bersama-sama Pengarah Tourism Johor Mohd Shukri Mohd Masbah dan Ketua Pegawai Eksekutif LTAS Md Derick Basir.

Selain itu, sebanyak 74 lagi kamera litar tertutup (CCTV) ditambah di lapangan terbang tersebut menjadikan jumlah keseluruhan 148 buah CCTV.

Ini antara penambahan yang diberikan kepada LTAS selain 44 unit sistem paparan maklumat penerbangan dan penambahan empat mesin pengimbas.

(Visited 61 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com