@MaritimMalaysia tandatangani IBR bersama @SPRMMalaysia

Maritim Malaysia tandatangani IBR bersama SPRM

Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjadi agensi kerajaan terbaru yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Datuk Indera Zulkifli Abu Bakar IBR ini merupakan lanjutan kerjasama kedua-dua agensi tersebut dalam memerangi budaya rasuah yang disifatkannya mampu menjejaskan imej kerajaan dan mengancam kesejahteraan masyarakat.

Jelas Indera, kedua-dua agensi tersebut telah membuat Kenyataan Komitmen Bersama pada Feb lalu, dimana beberapa skop kerjasama telah dimeterai kedua-dua pihak, antara lain termasuklah perkongsian kepakaran operasi siasatan dan perisikan untuk mempertingkatkan kemampuan masing-masing dalam memerangi rasuah.

Beliau turut menggariskan lima intsiatif yang diambil Maritim Malaysia dan SPRM untuk menambah baik usaha membanteras rasuah, termasuklah pertukaran maklumat dua hala akan sebarang bentuk rasuah dan juga penganjuran Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah – bagi menutup ruang budaya rasuah dapat berlaku dalam Maritim Malaysia.

“Adalah penting dalam diri kita agar memastikan kita tidak membenarkan apa-apa sahaja perkara yang melibatkan salah laku rasuah. Apa yang ingin saya tekankan di sini, adalah mengenai keteguhan jati diri kita dalam menolak sebarang salah laku rasuah dengan memastikan slogan “jangan hulur, jangan kawtim, jangan settle” disemat sedalam-dalamnya di jiwa dan minda.

“Insyaallah, jika praktikkan slogan ini, kita akan dijauhkan dari salah laku rasuah yang sememangnya dikenali sebai musuh no. 1 Negara,” Indera berkata dalam majlis tersebut.

Beliau menambah setiap anggota Maritim Malaysia merupakan golongan terpilih yang telah diberi amanah mengemudi perairan negara ini.

“Jangan kita cuba untuk meremehkan ia dan jangan kita cuba untuk cabuli hak dan amanah yang diberikan itu.”

Indera berkata Maritim Malaysia sentiasa membuat pemantauan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap kakitangan yang didapati bersalah, selari dengan peraturan sedia ada.

“Sehingga kini, belum ada kakitangan agensi yang didapati bersalah atau terlibat dalam kes-kes rasuah. Walau bagaimanapun, agensi akan sentiasa meningkatkan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan tiada kakitangan yang terlibat dalam gejala rasuah,” katanya lagi.

Majlis menandatangani IBR tersebut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan & Profesionalisme SPRM Datuk Sri Mohd Jamidan Abdullah

Turut hadir dalam majlis ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Maritim Malaysia Laksamana Muda Datuk Mohd Taha bin Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia Datuk Abdul Rahman Mohamad.

(Visited 36 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66