PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Saya bukan Melayu ‘mudah lupa’, kata Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas dengan pendiriannya berhubung isu 1MDB bahawa skandal yang membabitkan firma pelaburan negara itu adalah salah satu skandal yang ditinggalkan tanpa penyelesaian dalam sejarah Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi berkata, antara skandal lain termasuk pertukaran wang asing, BMF dan Perwaja Steel, di mana berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Kata Abdul Hadi, beliau tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang ‘mudah lupa’ terhadap isu yang berlaku di setiap zaman perdana menteri bermula sejak tahun 80-an.

Jelasnya lagi, selain 1MDB, muncul isu rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi di mana semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata semua ini berlaku kerana ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup, bukannya mahu mengambil tahu apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran.

Abdul Hadi juga tetap tidak bersetuju campur tangan asing terhadap penyelesaian dalam negara kerana dikhuatiri mengundang akibat yang lebih buruk.

(Visited 30 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66