REMAJA PEMBEKAL PIL KUDA – DIBERKAS [5 JULAI 2017]

Seorang remaja yang dipercayai menjadi pembekal pil kuda di sekitar bandaraya kuala Terengganu dan Kuala Nerus diberkas bersama 2 ribu 200 biji pil kuda di rumahnya. Remaja berusia 18 tahun dari Kampung Batin Seberang Takir, Kuala Nerus itu ditahan oleh pasukan dari Jabatan siasatan jenayah IPD Nakotik Kuala Terengganu kira-kira 12 tengahari, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, Pihaknya telah menjejaki sejak dua bulan lalu . Dengan tertangkapnya suspek berkenaan pihaknya yakin dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran pil kuda di negeri ini.
Beliau ditemui ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini. Suspek direman 7 hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (B), Akta Dadah Berbahaya 1952.

(Visited 42 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66