PAPAN IKLAN HARAM – PENGUSAHA BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TEGAS [5 JULAI 2017]

Pengusaha papan iklan bakal berdepan tindakan tegas Majlis Bandaraya Johor Bahru,MBJB, jika didapati ingkar mematuhi dasar dan peraturan yang ditetapkan. Datuk Bandar MBJB, A. Rahim Nin berkata perkara yang semakin berlarutan itu boleh menjejas pemandangan dan imej bandaraya. MBJB akan menjalankan tindakan penguatkuasaan termasuk menurunkan papan iklan haram yang tidak mematuhi dasar pemasangan iklan.
Mereka yang ingkar akan dikenakan notis awal dan kompaun maksimum 500 ringgit namun sekiranya masih berlanjutan MBJB tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan.
Sesi “townhall” bersama pengusaha dan peniaga akan diadakan bagi memberi pendedahan syarat dan garis panduan pemasangan iklan yang ditetapkan. Tambahnya, setiap peraturan yang dilaksanakan bukan sahaja mengambil kira keceriaan kawasan tetapi juga soal keselamatan.

(Visited 57 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com