Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang menetapkan 3 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes membabitkan seorang remaja perempuan yang memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian. Dalam insiden pukul 7.50 pagi 14 Mac lalu, tertuduh memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.
Tertuduh, Ng Pei Ven 19 tahun… didakwa mengikut Seksyen 44 (1) A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun. Jika sabit kesalahan…. boleh didenda tidak melebihi 20 ribu ringgit serta lesen memandu digantung selama 5 tahun. Ng dipercayai merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya , Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.

(Visited 55 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.