PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Jakim gesa pemilik anjing bertaubat

Susulan viral video seorang wanita yang memuat naik video kisah bersama anjing peliharaan di Facebook, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil menggesa individu tersebut bertaubat.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata pihaknya menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.

Katanya, ini boleh menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab Syafie, iaitu dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

Jelasnya, walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’, namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.

Katannya lagi, tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, katanya, individu itu diharap segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.

Perbuatan tersebut, katanya, dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.

Individu tersebut dinasihatkan agar mendapat rujukan pihak Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.

http://www.kinitv.com/video/49890O74 – Mengapa pelihara Bubu? Ini jawab Nurhanizah

Kisah seorang wanita memuat naik video mengenai kisah anjing peliharaannya di Facebook pada 1 Julai lalu, mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Nurhanizah Abdul Rahman, memuat naik klip video tersebut sebagai penyertaan dalam satu pertandingan pencinta haiwan.

Anjing peliharaan yang dinamakan Bubu itu diselamatkan sewaktu terdapat operasi bagi membunuh anjing besar-besaran pada 2015 lalu.

Dalam video itu, Nurhanizah menerangkan mengapa beliau sanggup memelihara Bubu dan kecaman yang diterima daripada masyarakat di sekeliling.

Dalam perkembangan terbaru, posting video itu telah dipadamkan di Facebooknya.

(Visited 48 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66