PENDUDUK sekitar Kampung Padang Jawa, Klang gempar apabila seekor buaya tembaga muncul kali kedua di Sungai Klang, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, orang ramai ternampak seekor buaya tembaga di tebing pasir ketika air sungai surut.
Penduduk Mahyuddin Mohd Yusuff, 33, berkata, lokasi itu menjadi tumpuan apabila buaya itu tidak berganjak dari kawasan berkenaan walaupun orang ramai mengerumuni kawasan sekitar.
Menurutnya, penduduk bimbang kerana itu kali pertama reptilia berkenaan muncul di kawasan terbabit.

(Visited 133 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.