‘Tun M perlu kemuka bukti, jangan retorik’

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir digesa untuk mengemukakan bukti bahawa kerajaan melarang pununtut Malaysia di luar negara untuk tidak bertemu dengannya bagi mengelak berdepan risiko biasiswa ditarik.

Pengurusi Kelab Umno Luar Negara Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan yang menafikan perkara itu turut menggesa supaya Dr Mahathir tidak bersikap retorik.

“Saya tidak nampak bukti yang mengatakan bahawa kerajaan BN menghalang pelajar luar negara untuk tidak berjumpa pemimpin pembangkang…

“Kalau Tun M ada bukti, saya alu-alukan. Saya juga sendiri tidak bersetuju kalau tindakan itu diambil kerajaan BN. Kita rakyat Malaysia patut bersifat terbuka. Kalau ada bukti silakan, Kalau tiada bukti saya cadangkan supaya ianya tidak diperbesarkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di PWTC.

Wan Md Hazlin turut berkata ketika beliau menuntut di luar negara, pelajar-pelajar itu dilihat bersikap terbuka untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin termasuklah BN mahupun pembangkang.

“Sebab di zaman kami di luar negara tidak pernah dihalang. Malah kita juga hendak berjumpa pemimpin pembangkang untuk memberi penilaian ataupun hendak menilai sendiri kualiti yang ada pada pemimpin.

“Kalau tengok dari segi syarat biasiswa, tidak ada dalam syarat kamu jumpa pembangkang dan tarik biasiswa. Jadi ini mungkin retorik yang kita tidak tahu mana datang.

“Jadi untuk mengatakan bahawa pemimpin BN tidak benarkan pelajar jumpa Tun M, saya rasa mungkin satu kenyataan yang tidak ada asas,” katanya.

Semalam Dr Mahathir melalui tulisan di blognya mendakwa pelajar Malaysia di luar negara diberi amaran agar tidak menemuinya atau berdepan risiko biasiswa ditarik.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) itu berkongsi pengalamannya di London ketika meraikan Hari Raya bersama pelajar Malaysia.

Kata Dr Mahathir lagi, perkara itu berlaku disebabkan Perdana Menteri Najib Razak takut kehadirannya akan mempengaruhi pelajar.

(Visited 33 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com