SPRM siasat sistem radar ‘lesap’ di Tanjung Pelepas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghantar pasukan penyiasat ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena dikatakan mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi di pelabuhan itu baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan berkata pegawai penyiasatnya akan mendapatkan maklumat berhubung perkara itu sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurut SPRM, pasukan penyiasat akan menilai maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian itu.

SPRM juga telah menerima aduan berhubung perkara itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan.

Selain itu, SPRM juga akan bekerjasama dengan pihak polis yang turut menjalankan siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar itu.

SPRM berkata siasatannya hanya akan tertumpu kepada sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa dan tidak akan campur tangan dalam siasatan oleh polis.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata, barang terbabit sepatutnya di hantar ke Belanda (Netherlands) melalui negeri ini, namun, ia tidak mempunyai permit yang diperlukan, menyebabkan ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com