PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

‘Saya maafkan mereka’

In this video

Dalam entri blog terbaru, mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohammad berkata baru-baru ini beliau berada di London untuk beraya bersama anak dan cucu.

Semasa berada di situ beliau pergi ke masjid baru di Acton untuk sembahyang raya dan berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut Malaysia.

Bagaimanapun, beliau dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik.

Mahathir berkata beliau diberitahu kemudian bahawa mereka dimarah oleh kerajaan Malaysia kerana berada di tempat yang beliau berada dan takut biasiswa mereka ditarik balik.

Apapun menurut blog tersebut beliau ucapkan Selamat Hari Raya kepada Najib dan keluarganya serta penyokong-penyokongnya.

Beliau juga maafkan mereka yang dikatakan menfitnahnya sepanjang tahun termasuk beberapa media tempatan.

(Visited 79 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66