@MP_PasirGudang tandatangan Ikrar Bebas Rasuah @SPRMMalaysia

MPPG tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sambil disaksikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Disamping itu, MPPG turut melancarkan “No Gift Policy”, menjadikan ianya pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Johor yang melancarkan polisi sedemikian rupa.

“…dengan pelancaran “No Gift Policy” ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan warga kerja MPPG,” Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias berkata dalam majlis tersebut.

Sementara itu, Azmi berkata IBR yang ditandatangani oleh MPPG ini unik dan berbeza berbanding Ikrar Integriti Korporat kerana penekanan yang dibuat oleh warga PBT tersebut untuk menggalas tanggungjawab serta akauntabiliti untuk menghindari dari terlibat dalam gejala rasuah dan salahguna kuasa sepanjang menjalankan tugas.




Beliau turut memuji tindakan MPPG sambil menambah bahawa tindakan ini membuktikan “bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab ekslusif SPRM semata-mata”.

Azmi turut berharap bahawa tindakan MPPG memerangi budaya rasuah dan salah guna kuasa ini akan dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan serta swasta lain di negeri ini.

“Menerusi inisiatif program IBR ini juga, maka saya berharap agar SPRM Johor dan MPPG akan terus meraih kepercayaan, keyakinan serta sokongan rakyat yang berterusan dan akan kekal istiqamah dalam melaksanakan amanah dan memberikan khidmat kepada masyarakat.”

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66