315 PATI ditahan di Johor dalam Op Mega

315 PATI ditahan di Johor dalam Op Mega

Tiga serbuan dibuat semalam oleh Jabatan Imigresen Johor dalam usaha memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dengan 315 orang berjaya ditahan.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi dinamakan Op Mega di sekitar Kawasan Perindustrian Taman Gembira, Tampoi susulan tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad) tamat tengah malam tadi.

Kesemua 315 PATI ini ditahan di tiga kilang berasingan namun dimiliki oleh pemilik sama.

Ini sebahagian daripada operasi besar-besaran Jabatan Imigresen Malaysia yang dibuat di seluruh negara, dimana seramai 70 anggota jabatan tersebut terlibat dalam operasi selama tiga jam tersebut yang bermula jam 9 malam.




Menurut Pengarah Imigresen Johor Datuk Rohaizi Bahari, PATI yang berjaya ditahan tersebut berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun dan ditahan atas beberapa kesalahan termasuk tinggal disini melebihi tempoh ditetapkan dan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Dari bilangan ditahan tersebut, 295 adalah lelaki dan selebihnya wanita dan akan ditempatkan pusat tahanan di Setia Tropika disini sementara siasatan dijalankan,” kata Rohaizi yang menambah kesemua PATI ini ditahan dibawah Seksyen 15(1)c Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut berkata bahawa jabatan tersebut akan terus menjalankan operasi pencegahan secara berterusan kerana tiada alasan oleh pihak majikan untuk tidak mendaftarkan E-Kad untuk pekerja mereka setelah masa yang secukupnya telahpun diberikan.

Beliau turut berkata bahawa Johor mempunyai jumlah pekerja asing kedua tertinggi dalam negara, dengan 2,645 majikan telah membuat 11,921 permohonan E-Kad sebelum tamat tempoh tengah malam tadi.

E-Kad merupakan pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan yang sah untuk membolehkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen terus bekerja di sini.

Ia bagaimanapun akan tamat pada 15 Februari depan dimana pemegang kad tersebut perlu mendapatkan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan negara masing-masing bagi tujuan permohonan permit kerja atau akan berdepan dengan pengusiran.

(Visited 129 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66