Dr M tak tolak ‘pemerintahan darurat’ jika BN tumbang

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yakin keputusan pilihan raya umum akan datang bakal diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal jika BN kalah dengan majoriti tipis.

Katanya dalam catatan terbaru di blog, samada itu ataupun kerajaan enggan mengakui mereka kalah.

Beliau berkata, pembangkang juga akan dituduh menipu dan pembuli BN akan bersedia mewujudkan ketidakstabilan.

Blog tersebut berkata, atas dasar ini, mungkin pemerintah darurat diisytiharkan dan Parlimen akan digantung. Sekira itu berlaku Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dibentuk selepas rusuhan kaum pada tahun 1969, akan ditubuhkan untuk mengendalikan negara dengan menggunakan undang-undang tentera.

Menurut Mahathir, tempoh ketidakpastian ini akan membolehkan BN untuk membeli ahli parlimen daripada pihak lawan.

(Visited 41 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66