Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2017 Kementerian Kerja Raya

Keamanan, kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di negara kita adalah amat besar dan tinggi nilainya untuk terus disyukuri.
Visi Kementerian Kerja Raya Ke Arah Kesejahteraan Rakyat menjadi penggerak utama warga kerja raya untuk terus komited terhadap pembangunan mampan, meningkatkan keberhasilan serta memperkasakan kemakmuran masyarakat dan negara.
Jentera Kerja Raya sebagai agen pembangunan negara akan terus proaktif dalam merangka dasar dan pembangunan insfrastruktur dalam meningkatkan ekonomi negara yang berdaya saing dan global.

Kami akan terus mara dan mengorak langkah dalam mencapai aspirasi transformasi negara.
Sempena bulan yang mulia ini, saya dan seluruh warga kerja raya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin. Khusus kepada pengguna jalan raya, pandu dengan cermat.

Semoga anda selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui dan Cipta Detik Indah Bersama keluarga dan sanak saudara.

Salam lebaran #Negaraku #Infrarakyat

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Cipta Detik Indah Bersama

(Visited 173 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66