ZAKAT FITRAH – ELAK TERPEDAYA AMIL PALSU [20 JUN 2017]

Menjelang aidilfitri… lembaga zakat negeri kedah, LZNK mengingatkan umat islam untuk membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik secara sah. Peringatan memandangkan terdapat ‘amil palsu’ yang menggunakan resit berlainan bagi mengutip zakat fitrah. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Kedah, Zakaria Othman menjelaskan, terdapat juga pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama institusi pendidikan, masjid, surau dan individu untuk mengutip zakat fitrah. Dan mereka yang membayar zakat fitrah perlu menyemak resit terlebih dahulu sebelum beredar dari lokasi pembayaran. Setiap amil yang dilantik mempunyai kad identiti khas dan resit rasmi berwarna oren yang dikeluarkan oleh LZNK. Beliau yang ditemui di Alor Setar juga memberitahu, LZNK turut membuka kaunter pandu lalu zakat fitrah di hadapan pejabatnya di Jalan Telok Wanjah. Dijangkakan angka kutipan zakat fitrah mencecah kira-kira 9 juta ringgit tahun ini berbanding 8 juta ringgit tahun lalu.

(Visited 52 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.