Siapa pemimpin Umno tawar ‘habuan’? Ini kata Syed Saddiq

Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa ada pemimpin Umno pernah menawarkan habuan untuknya bersara daripada politik.

Tanpa menamakan siapa pemimpin tersebut, kata Syed Saddiq, beliau akan mendedahkan bukti cubaan sogokan itu bila tiba waktu Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Saya rasa setiap daripada ahli exco Armada pernah ditawarkan ganjaran di kalangan pemimpin Umno-BN.

“Kalau rasa nak bersara dari politik, boleh. Jumlah duit…(banyak). Saya rela mati daripada jual maruah.

“Saya ditawarkan biasiswa penuh pengajian, wang perbelanjanan bulanan, tawaran kerja, dan juga sebuah rumah di United Kingdom,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

(Visited 143 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com