Resepi Mee Bandung | Seminit Resepi

Resepi Mee Bandung

Mee Bandung

Resepi Mee Bandung ini selalunya kita makan di gerai sarapan, siapa yang teringin nak cuba buat sendiri, meh tonton video ni..

Penaja Mee Bandung
Lazz Susu Kambing telah menaja Mee Bandung pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://lazzsusukambing.com.

Bahan-bahan

Bahan kisar

10 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 sudu besar udang kering
2 genggam cili kering
Bahan lain

Mee kuning
250 gram daging
Udang
Sawi
Fish ball
Fish cake
2 sudu besar sos tiram
6 biji telur
Gula
Garam
Air secukupnya
Cara Membuat

Langkah 1
Tumis bahan kisar sehingga masak (jangan sampai garing)

Langkah 2
Masukkan sos tiram dan air.

Langkah 3
Apabila menggelegak masukkan daging rebus yang dipotong nipis

Langkah 4
Kemudian masukkan fish ball, fish cake dan sawi

Langkah 5
Setelah 5 minit, masukkan telur dan udang

Langkah 6
Perasakan dengan garam dan gula. Sedia dihidang bersama mee kuning dan bawang goreng

(Visited 153 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com