Mekanisme khusus @SWMEnvironment pastikan staf dapat menyambut hari raya

Mekanisme khusus SWM Environment pastikan staf dapat menyambut hari raya

Mekanisme khusus Aidilfitri SWM Environment Sdn Bhd akan memastikan tenaga kerjanya dapat merayakan sambutan syawal kali ini bersama keluarga.

Syarikat tersebut yang merupakan pemegang konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di 15 buah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor tampil memperkenal mekanisme khusus bagi menguruskan operasinya sempena Aidilfitri pada tahun dalam satu sidang media semalam.



Langkah sistematik akan dilaksanakan oleh pihak SWM Environment melalui penganjakan jadual perkhidmatan sehari lebih awal bermula pada 17 Jun hingga 24 Jun 2017.

Langkah tersebut diputuskan bukan sekadar bagi memenuhi keperluan di kawasan perkhidmatan syarikat malah turut memberi kesempatan kepada majoriti tenaga kerja SWM Environment yang beragama Islam merayakan Aidilfitri pada tahun ini, menurut Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment Mohd Zan Arris.

Turut sama hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Md. Jais Sarday.

“Selain penganjakan jadual perkhidmatan, inisiatif sosial yang dilancarkan SWM Environment melalui Ops Deko Raya sepanjang bulan Ramadan ini dilihat mampu mengawal daripada berlakunya limpahan sampah terutama ketika berlangsungnya penganjuran rumah terbuka pada awal sambutan Aidilfitri nanti,” kata Mohd Zan.

Beliau bagaimanapun berkata perkhidmatan pembersihan awam yang disediakan oleh pihak SWM Environment akan beroperasi mengikut jadual seperti biasa dan penumpuan yang khusus akan diberikan di kawasan-kawasan bazar, pasar dan ekspo pada Hari Raya Pertama.

“SWM Environment juga mempunyai tenaga kerja yang sedia untuk memberikan perkhidmatan di kawasan pusat bandar, kawasan-kawasan protokol dan kawasan yang berpenduduk majoriti Melayu dan beragama Islam.

“Langkah ini diatur setelah mempertimbang keperluan perkhidmatan SWM Environment di ketiga-tiga kawasan berkenaan.”

Beliau turut berharap orang ramai dapat memanfaatkan anjakan jadual perkhidmatan berkenaan selain memperhebat amalan konsep zero waste yang merangkumkan kaedah pengurangan sisa pepejal, kitar semula dan pengasingan sisa pepejal di punca agar Aidilfitri pada tahun ini dapat dirayakan tanpa sampah.

Talian Indahkan Malaysia akan beroperasi seperti biasa dan orang ramai yang mahu menyalurkan sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan yang disediakan boleh berbuat demikian dengan menghubungi 1-800-88-7472.

SWM Environment turut mengambil kesempatan untuk menyalurkan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim Shafar semalam dimana sumbangan disampaikan Md Jais, dimana ia disalurkan ke dalam tabung dana pengangkutan yang sedang dikumpulkan pihak pertubuhan berkenaan.

(Visited 69 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.