Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat turun bersahur dengan golongan gelandangan awal pagi tadi bagi mendekati golongan yang kurang bernasib baik ini.

Dalam Majlis Singgah Sahur 2017 yang bermula lewat malam semalam, Ayub turut sama menyertai program tersebut yang bertempat di tapak parking Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).



Selain dari menyantuni golongan gelandangan, program tersebut juga bertujuan untuk menepis persepsi negatif masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik ini.

Ayub tiba ke program tersebut sekitar jam 12.30 malam.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor turut sama membuka kaunter saringan kesihatan dalam program tersebut.

Tidak sekadar hadir sebagai tetamu khas bagi program tersebut, Ayub turut sama menyendukkan lauk bagi hidangan orang ramai yang hadir.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 128 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.