Resepi Sagu Pandan Gula Melaka
https://seminitresepi.com/resepi/sagu-pandan-gula-melaka/

Resepi Sagu Pandan Gula Melaka ini memang sangat mudah untuk dibuat, boleh dijadikan gonyeh-gonyeh di petang hari…

Penaja Sagu Pandan Gula Melaka
Lazz Susu Kambing telah menaja Sagu Pandan Gula Melaka pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://lazzsusukambing.com.



Bahan-bahan

Resepi sagu pandan gula melaka

Sagu
Perasa pandan
Pewarna hijau
Gula melaka
Santan
Daun pandan
Garam
Air

Cara Membuat

Langkah 1
Masak sagu terlebih dahulu dan masukkan sedikit perasa pandan dan pewarna hijau.

Langkah 2
Apabila sagu sudah masak, masukkan kedalam bekas yang berisi air dan tapis sagu tersebut. Ini akan mendapatkan hasil sagu yang berderai apabila dimakan nanti

Langkah 3
Didalam periuk, masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan daun pandan. Sejukkan.

Langkah 4
Masakkan santan bersama sedikit air dan garam. Masukkan pandan untuk mendapatkan bau yang sedap. Sejukkan

Langkah 5
Hidang sagu bersama gula melaka dan santan. Ianya enak dimakan ketika sejuk. Sedia dihidang.




(Visited 154 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.