Resepi Murtabak Cheese
Resepi Murtabak Cheese kalini kitorang buat menggunakan kulit popia, banyak kegunaan kulit popia ni tau…
Penaja Murtabak Cheese
Kawan Food telah menaja Murtabak Cheese pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://www.kawanfood.com.
Bahan-bahan
paratha
250 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar
1 sudu rempah kari
1/2 sudu rempah beriyani
daun sup
telur
mozarella cheese
Cara Membuat
Langkah 1
Tumis bawang besar hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari dan rempah beryani
Langkah 2
Apabila sudah pecah minyak, masukkan daging kisar. Perasakan dengan garam dan gula
Langkah 3
Dalam bekas lain, kacau telur bersama inti daging yang kita sudah masak tadi. Masukkan daum sup dan sedikit cheese
Langkah 4
Ambil beberapa keping kulit popiah, dan balutkan dengan inti murtabak. Taburkan cheese di atas sebelum kita lipat kulit popiah
Langkah 5
Goreng hingga masak. Sedia dihidang