Resepi Lepat Pisang
https://seminitresepi.com/resepi/lepat-pisang/

Resepi Lepat Pisang ini memang makanan kegemaran ahli keluarga Cik Ain, harap ia jugak makanan kegemaran korang semua..

Penaja Lepat Pisang
Lazz Susu Kambing telah menaja Lepat Pisang pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://lazzsusukambing.com.



Bahan-bahan

Bahan-bahan Lepat

10 biji Pisang emas/berangan
1 cawan tepung gandum
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan kelapa parut
Sedikit garam
1 sudu santan
Daun pisang
Cara Membuat

Langkah 1
Lenyekkan pisang, tetapi jangan terlalu hancur

Langkah 2
Masukkan gula melaka, kacau rata.

Langkah 3
Masukkan santan dan tepung.

Langkah 4
Ambil kelapa parut, gaulkan dengan sedikit garam

Langkah 5
Bungkus adunan menggunakan daun pisang dan ditengahnya letakkan sedikit kelapa parut. Kukus selama 15-20 minit. Sedia dihidang.




(Visited 126 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.