OPERASI MENGESAN ENAM KRU KAPAL MT PUTRI SEA DITAMATKAN

 

OPERASI MENGESAN ENAM KRU KAPAL MT PUTRI SEA DITAMATKAN

JOHOR BAHRU 19 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Maritim Selatan, melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru, telah melaksanakan Operasi Carilamat (SAR) bagi mengesan enam kru kapal MT Putri Sea yang hilang semasa kapal MT Putri Sea dilaporkan terbakar dan karam pada pagi 15 Jun yang lalu.

Operasi telah dilaksanakan selama 4 hari iaitu bermula dari 15 hingga 18 Jun meliputi keluasan pencarian hampir 45 batu nautika persegi serta pencarian disepanjang pantai Pengerang. Operasi SAR ini melibatkan pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dianggarkan seramai lebih kurang 50 orang pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan Kepten Maritim Sanifah bin Yusof berkata, “Operasi ini ditamatkan pada 7.00 petang 18 Jun (semalam) kerana tiada pertunjuk atau tanda berkaitan mangsa yang hilang.

Operasi ini juga turut dibantu negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang dikawasan perairan masing-masing tetapi masih tiada penemuan akan mangsa tersebut”.

Beliau memaklumkan lagi “Operasi mencari dan menyelamat akan diaktifkan semula sekiranya ada laporan akan penemuan mangsa yang hilang.

Walaubagaiman pun, operasi bagi melawan tumpahan minyak masih diteruskan dengan dikoordinasikan oleh Jabatan Laut Malaysia serta turut di bantu oleh Jabatan Alam Sekitar, Maritim Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Pada hari semalam KD Perantau milik Tentera Laut Diraja Malaysia turut membantu mengesan kedudukan sebenar kapal MT Putri Sea dan telah berjaya mengesan kedudukan sebenar kapal tersebut karam.

Selain itu, saya juga menasihati kepada semua komuniti maritim supaya menjaga keselamatan dan mematuhi segala peraturan kelautan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia turut mengalu-alukan orang ramai menghubungi talian MERS 999 atau MRSC Johor Bahru di talian 07-2219231 untuk sebarang aduan kecemasan atau jenayah di laut.

(Visited 18 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This