Najib lantik Isa sebagai Pemangku Pengerusi SPAD

In this video

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Malah, Najib berkata perletakkan jawatan Isa itu dibuat dengan rela hati.

“Saya dapat sahkan saya sudah rundingan dengan Isa Samad pagi tadi.

“Kita telah bincang dengan mendalam tentang masa depan FGV maka Isa dengan rela hati untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi FGV dan maknanya diganti dengan Sulaiman Mahfob sebagai pemangku pengerusi,” kata Najib dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Najib hadir menyampaikan kunci Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di PPA1M Selasih Presint 17, Putrajaya

Najib turut mengumumkan Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta-merta.

(Visited 79 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest