JCorp Lancar Wakaf Saham Tawaran Awam Pertama Dunia – @KhaledNordin

JCorp lancar wakaf saham tawaran awam pertama dunia

Johor Corporation menerusi Waqaf An-Nur Corporation mencatatkan satu lagi sejarah apabila melancarkan wakaf saham tawaran awam yang pertama di dunia, bertujuan membiayai pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral.

Menurut Menteri Besar Johor dan Pengerusi Johor Corporation Mohamed Khaled Nordin, ia termasuk dengan kos pembelian tanah, pembinaan ruang letak kereta bertingkat dan beberapa lot perniagaan disana.

Mohamed Khalid berkata bahawa lot perniagaan yang bakal dibina ini pula akan disewakan kepada ibu tunggal dan golongan yang kurang berkemampuan untuk berniaga dengan kadar sewa yang berpatutan.

“Menerusi wakaf saham ini, sebanyak RM85 juta tawaran saham baharu akan diperkenalkan membabitkan saham berjumlah 850 juta unit yang ditawarkan pada harga RM0.10 seunit.

“Untuk mencapai sasaran itu, saham wakaf ini akan dibuka kepada segenap lapisan masyarakat, sama ada institusi dan orang awam, dengan kadar minimum sebanyak RM100,” Mohamed Khalid berkata dalam ‘Majlis Pelancaran Prospektus Waqaf Saham Larkin Sentral’ dan majlis berbuka puasa Johor Sentral semalam.

Individu yang mewakafkan saham ini akan mendapat insentif potongan cukai pendapatan sehingga 7%, manakala pewakaf institusi akan mendapat potongan cukai sehingga 10%.

Waqaf An-Nur Corporation ini didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk memastikan segala proses penawaran, pengurusan serta pelaporan dana wakaf ini akan dibuat dengan lebih tersusun, profesional dan telus.

Mohamed Khalid turut berkata kerajaan negeri mahu melihat wakaf menjadi satu instrument sosial yang dinamik dan menguntungkan masyarakat.

“Lebih-lebih lagi pada era globalisasi yang menyaksikan media sosial telah menjadikan masyarakat kita menjadi semakin terbuka dan berpengetahuan.

Jadi, kita tidak seharusnya membiarkan ledakan teknologi maklumat ini datang tanpa dimanfaatkan untuk memudahkan proses mengajak masyarakat ke arah kebaikan,” katanya.

Johor Corporation sebelum ini telah mewakafkan masjid pertamanya iaitu Masjid An-Nur Kotaraya yang terletak di [email protected] Johor Bahru pada tahun 2000 dimana ia menjadi fasa pertama usaha mewakafkan aset oleh Johor Corporation.

Johor Corporation turut menghargai nasihat dan pandangan Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Maybank Investment Bank Berhad serta pihak-pihak lain yang terlibat sehingga hasrat mewujudkan wakaf saham tawaran awam ini dapat dilaksanakan.

Turut hadir dalam majlis itu semalam ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, sebagai wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

(Visited 25 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This