Benjamin Mora kembali ke JDT II

Benjamin Mora kembali ke JDT II

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora ‘turun pangkat’ dan kembali membimbing JDT II susulan satu pengumuman pagi ini dimana penggantinya masih menjadi teka-teki.

Melalui kemas kini laman Facebook JOHOR Southern Tigers, Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards berkata Mora dipilih mengisi kekosongan di JDT susulan kelab tersebut berpisah dengan jurulatih Mario Gomez dua hari sebelum perlawanan Piala Sumbangsih awal musim ini.

Oleh itu, untuk tidak menghabiskan banyak wang, JDT memilih untuk menaikkan pangkat Mora yang sudahpun memahami falsafah kelab gergasi negara tersebut.

“Kini Benjamin Mora akan kembali kepada peranan asal beliau selaku ketua jurulatih JDT II kerana beliau hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama.

“Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh. Kami akan mengumumkan ketua jurulatih baru untuk JDT tidak lama lagi.

“Pada masa ini, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini. Oleh itu kami ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Benjamin Mora atas segala kerja keras, dedikasi dan semua yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjaga kelab kami yang hebat ini,” kata Edwards.

Edwards turut berkata bahawa Mora merupakan jurulatih yang masih muda yang berpotensi dan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Walaupun berjaya membimbing JDT ke separuh akhir zon Asean Piala AFC musim ini selain dari kekal sebagai pendahulu Liga Super, peminat JDT dilihat kurang gembira dengan taktikal yang diterapkan Mora sepanjang musim ini.

Walaupun tumpas dalam Piala Sumbangsih dan juga pada perlawanan akhir Piala FA kepada Kedah, JDT masih lagi berpeluang menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut selain berpeluang memenangi Piala Malaysia.

(Visited 19 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest