Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak akan menyiasat 1MDB susulan dakwaan terkini oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Ketua SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad berkata, ini kerana pihak polis telah menyiasat firma pelaburan negeri ini.

“Siasatan 1MDB masih berterusan, kita perlu memberi polis masa untuk siasat.

“1MDB tidak ada kena mengena dengan kami (SPRM). Ia telah diputuskan sebelum ini polis akan siasat 1MDB.

“Kita tidak mahu berlaku pertindihan, dua agensi siasat perkara yang sama,” Dzulkifli kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This