Ketangkasan anggota @BombaJBPM bendung kebakaran merebak di Tampoi

Ketangkasan anggota bomba bendung kebakaran merebak di Tampoi

Ketangkasan pasukan Bomba dan Penyelamat memadamkan api di sebuah kilang yang terbakar di Taman Perindustrian Tampoi berjaya menghalang kebakaran tersebut dari merebak ke premis bersebelahan.

Dalam kejadian awal pagi tadi, anggota bomba menerima panggilan pada jam 12.58 pagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Kebakaran yang melibatkan sebuah kilang industri ringan tersebut berjaya dikawal oleh 14 anggota bomba yang melibatkan tiga buah trak bomba dari Balai Bomba Johor Bahru, Tebrau dan Johor Jaya.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

(Visited 57 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66