OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT KREW KAPAL MT PUTRI SEA YANG HILANG MASIH DITERUSKAN

JOHOR BAHRU, 16 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Maritim Selatan (WILSEL) melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru masih mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat 6 orang anak kapal MT Putri Sea yang masih hilang pada hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi WILSEL, Kepten Maritim Sanifah bin Yusof berkata, “operasi pada hari ini melibatkan aset dari pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia, Tentara Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Laut Malaysia dan Johor Port dengan melibatkan 7 buah aset dengan kekuatan seramai lebih kurang 50 orang. Operasi hari ini meliputi perairan tanjung stapa hingga perairan teluk ramunia dengan keluasan lebih kurang 35 batu nautika persegi ”.

“Operasi hari ini turut meliputi kerja-kerja mengawal tumpahan minyak serta meletakkan tanda atau isolated danger buoy di lokasi dipercayai kapal tersebut karam .”

Beliau menambah, ”punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak Jabatan Laut Malaysia akan mengeluarkan notis bagi mengesan pemilik kapal tersebut .”

(Visited 116 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.