KAPAL MT PUTRI SEA TERBAKAR DAN DISYAKI TENGGELAM DI TANJUNG PENGELIH, JOHOR

KAPAL MT PUTRI SEA TERBAKAR DAN DISYAKI TENGGELAM DI TANJUNG PENGELIH, JOHOR

PUTRAJAYA, 15 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menerima maklumat daripada Singapore Police Coast Guard (SPCG) sekitar jam 5:00 pagi tadi bahawa terdapat sebuah kapal iaitu MT Putri Sea gagal dihubungi oleh agen kapal dan berkemungkinan kapal terbabit terbakar dan tenggelam di 4.6 batu nautika Barat Daya Tanjung Pengelih, Johor.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Taha bin Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, “Maritim Malaysia menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan sejurus itu sebuah bot Penggalang 15 dari Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili digerakkan dan tiba dilokasi kejadian pada jam 6:15 pagi tadi dan mendapati tiada sebarang kelibat kapal ditemukan”.

“Kapal MT Putri Sea IMO No.8319160 dengan callsign 3CZU itu dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea, Kapal tersebut mempunyai kepanjangan 46.3 meter dan membawa seramai 6 orang anak kapal dan kesemuanya warganegara Indonesia berusia lingkungan 28 hingga 39 tahun.”

Beliau menambah, ”pihaknya mendapati terdapat kesan tumpahan minyak di sekitar lokasi kejadian. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 12:30 tengahari tadi melibatkan 1 Bot Penggalang 15 dari DM7 Tanjung Sedili, 1 Kapal Al-Nilam dari Jabatan Laut serta 2 buah bot dari Pelabuhan Johor. Kapal terbabit dipercayai telah tenggelam dan ianya sedang disiasat. 6 mangsa masih belum ditemui dan SAR masih diteruskan.”

Video Credit: APMM
http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 249 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com