Jurutera JKR Di Tahan @SPRMMalaysia

Jurutera JKR Di Tahan SPRM

Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya di daerah Kulai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 1 tengahari tadi setelah hadir untuk memberikan keterangan.

Menurut sumber, suspek tersebut telah menganugerahkan beberapa projek kerja memotong rumput dan pembersihan di beberapa lokasi dalam daerah Kulaijaya kepada abangnya.

Siasatan awal mendapati, keseluruhan projek yang dianugerahkan kepada abangnya bernilai hampir RM20,000.

Kes tersebut sedang disiasat mengikut seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Johor Bahru esok untuk pertuduhan.

(Visited 84 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This