RM780 Insentif Raya Buat Peneroka Felda – @NajibRazak

Najib umum insentif raya buat peneroka Felda

Nuh Ikhwan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan insentif Hari Raya Aidilfitri buat setiap keluarga peneroka Felda bernilai RM500 buat setuap

Selain itu, setiap peneroka pula bakal menerima RM280 untuk dividen FGV.

Perkara ini diumumkan oleh Najib dalam Majlis Sambutan Ihya Rahmat Ramadhan Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Felda Sungai Sayong disini semalam.

Selain itu, insentif turut diberikan kepada  Pengerusi Masjid,Imam,Bilal dan Siak seluruh Masjid tanah rancangan Felda.

Pemberian khas buat warga Felda tahun ini bernilai RM47.28 juta.

Negeri Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah Felda kedua terbanyak dalam negara dengan 73 buah rancangan Felda terletak di negeri ini.

Selain Najib, beberapa nama-nama besar di peringkat negeri dan pusat termasuk Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad turut hadir.

Najib turut sempat berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh di Felda Sungai Sayong.

(Visited 33 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest