Operasi Conus 39 – 2 Vessel Di Tahan Di Taman Laut Johor – @AyubBinRahmat

Operasi Conus 39 – 2 Vessel Di Tahan Di Taman Laut Johor

Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Johor (JTLMNJ) telah berjaya menahan dua buah vesel iaitu explorer tanpa nombor pendaftaran milik warganegara tempatan di Perairan Taman Laut Pulau Babi Hujong dan vessel putih dengan No. pendaftran JMS00556P yang ditahan di Pulau Babi Besar pada 11 Jun 2017 kira-kira jam 10 pagi bagi bot pertama dan bot kedua di tangkap pada jam 10.45 pagi.

Hasil pemeriksaaan mendapati kedua-dua bot tersebut memiliki 12 unit alat memancing Kesemua 7 tahanan OKT telah ditahan dan diiringi balik ke Pangkalan Hadapan Mersing kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 43(1) (a), Akta Perikanan 1985;(1) Mana-mana orang yang berada dalam taman laut atau rizab laut di perairan Malaysia tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah- (a) menangkap ikan atau cuba menangkap ikan; Peralatan yang turut disita termasuklah dua buah bot berserta enjin dan 12 alat memancing.

Dalam satu kenyataan oleh YB Datuk Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, berkata kawasan Taman Laut adalah zon larangan bagi sebarang aktiviti menangkap ikan menurut peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1994).

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan Taman Laut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

JTLM merupakan sebuah jabatan yang menerajui pengurusan dan pemuliharaan Taman Laut khasnya biodiversiti marin.

“Taman Laut merupakan kawasan santuari untuk pembiakan dan perlindungan hidupan marin.

Pewartaan Taman Laut ini mewujudkan satu ekosistem marin yang seimbang secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan yang memberi impak dan menjana ekonomi Negara yang mampan. Sehingga kini terdapat 42 buah pulau yang telah diwartakan sebagai Taman Laut di Malaysia.

“Saya mengingatkan kepada semua pihak agar tidak memasuki Taman Laut kerana merupakan Zon Larangan dari sebarang aktiviti. Pihak berkuasa akan sentiasa memantau dan tidak akan berkompromi kepada mana mana pihak yang melanggar arahan ini,” sambungnya lagi.

Kita akan memastikan bahawa kawasan Taman Laut sentiasa bebas dari gangguan serta biodiversiti marinnya dilindungi.

(Visited 124 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66