Nelayan Pasir Gudang Terima Bayaran Sagu Hati

Nelayan Pasir Gudang Terima Bayaran Sagu Hati

Seramai 1,834 orang nelayan dan penternak di daerah Pasir Gudang menerima bayaran sagu hati dari kerajaan negeri hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 1,564 merupakan nelayan manakala 270 lagi adalah penternak kupang dan ikan sangkar.

Penerima-penerima bayaran sagu hati ini telah memenuhi kriteria yang ditetapkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Pembayaran sagu hati ini adalah seperti mana yang telah saya umumkan pada pembentangan Bajet 2017 yang lalu.

“Daripada jumlah yang layak itu pula, seramai 218 nelayan dan 65 penternak di kawasan parlimen Pasir Gudang akan menerima pembayaran saguhati sebanyak RM2,000 setiap seorang secara one-off,” kata Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian dalam Majlis penyerahan bayaran sagu hati nelayan Johor Selatan kawasan Parlimen Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar, disini.

Penbayaran sagu hati kepada baki nelayan dan penternak lain akan dibuat secara berperingkat.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sentiasa memikirkan kaedah dan pendekatan terbaik untuk memastikan yang pembangunan dan industri perikanan sentiasa dikembangkan.

Ini termasuklah memperkenalkan skim latihan semula kepada golongan nelayan.

“Melalui skim latihan semula ini mereka boleh dibekalkan dengan persediaan untuk cuba meneroka aktiviti lain yang berkaitan dengan hasil laut seperti agromakanan, agro perikanan dagang dan pemprosesan.

“Pada masa yang sama, kita juga sedang memikirkan cara untuk membantu aktiviti akuakultur komersial sedia ada yang terjejas.”

Disamping itu, kerajaan negeri turut meneruskan perbincangan dengan persatuan-persatuan nelayan, Jabatan Perikanan dan juga LKIM untuk mengkaji kemungkinan meneroka aktiviti perikanan laut dalam melalui pergerakan konsortium atau kaedah lain.

Kerajaan negeri juga, menurut Ketua UMNO bahagian Pasir Gudang itu turut memikirkan kaedah terbaik untuk memantau aktiviti perikanan untuk memastikan bekalan dan kesinambungan hasil laut dapat dijaga.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri sedang mencari kaedah bagimembolehkan para nelayan terlibat secara langsung dengan pembangunan yang dirancang berhampiran kawasan mereka bagi menampung kembali pendapatan mereka yang tergugat akibat pembangunan tersebut.

(Visited 85 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66